Selamat Datang ke Portal Rasmi PPD Rembau



Dialog Prestasi Daerah

Pejabat Pendidikan Daerah Rembau
DTP

 

 Taklimat Pengurusan Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (PK17) & Taklimat Tindakan Pembetulan dan Pencegahan (PK11)
Latihan dalam Perkhidmatan

 1.6      LATAR BELAKANG

 1.6.1 Pengenalan

 Kualiti pendidikan Malaysia boleh digambarkan melalui pencapaian dalam kajian TIMSS dan PISA. TIMSS mengukur pencapaian murid berumur 14 tahun dalam Matematik dan Sains.  Manakala PISA mengukur penguasaan murid berumur 16 tahun dalam Bahasa, Matematik dan Sains. Persampelan kajian tahun 2009 menunjukkan Malaysia berada pada kedudukan satu pertiga dalam kalangan negara yang mengambil bahagian.

 Kajian PISA tahun 2009 mendapati 7% sekolah mencapai tahap baik, 13% tahap sederhana dan 80% pada tahap lemah. Dapatan menunjukkan sekolah-sekolah dalam kategori pencapaian berbeza, justru memerlukan pendekatan berbeza untuk mencapai kejayaan yang lebih tinggi.

 Kajian menunjukkan terdapat pertalian yang rapat dalam peningkatan prestasi sesebuah sekolah dengan amalan yang menjadi budaya kerja di sekolah berkenaan. Sekolah berprestasi rendah pada umumnya mengamalkan budaya kerja yang kurang berkesan dan melaksanakan program yang berimpak rendah. Sekolah berkenaan didapati melaksanakan program secara rutin tanpa mengambil kira keberkesanan dan impak program yang dilaksanakan. Bilangan program adakalanya membebankan sedangkan keperluan pelaksanaan program itu tidak begitu mendesak.

 Pengurus sekolah yang baik sewajarnya mempunyai kefahaman yang mantap tentang keperluan sekolah dan bersikap tegas dalam menetapkan fokus warga sekolah dan masyarakat setempat untuk mencapai sasaran kerja sama ada dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah.

 PPD sebagai organisasi pengurusan pendidikan yang bertanggungjawab untuk mengurus, mengawal dan membimbing sekolah-sekolah di bawah kawalannya. Dengan bilangan sekolah yang lebih kecil dan lebih hampir, PPD lebih mampu untuk memahami situasi setiap sekolah berbanding dengan JPN.

 Ekoran daripada itu, Program Transformasi Daerah (DTP) diujudkan untuk memberi ruang kepada organisasi dalam Kementerian Pendidikan Malaysia khususnya Pejabat Pendidikan Daerah untuk membimbing dan membantu sekolah-sekolah dalam menangani isu dan cabaran yang ada. Program Transformasi Daerah juga memberi peluang kepada Pejabat Pendidikan Daerah untuk merancang, mengurus, melaksana dan menilai program penambahbaikan sekolah berasaskan data, lokaliti serta keperluan yang utama.

 

TAKWIM PEPERIKSAAN

UPSR : Selesai
PT3 (Bertulis): Selesai
SPM (Ulangan): Selesai
SPM: Selesai
STAM (Lisan): Selesai
STAM (Bertulis): Selesai
STPM (U1) Bertulis: Selesai
STPM (P3) Bertulis: Selesai
STPM (P3) ULBA: Selesai
STPM (U2) Bertulis: Selesai

 Peperiksaan-peperiksaan Lain

HUBUNGI KAMI

Pejabat Pendidikan Daerah Rembau
71300 Rembau. N.Sembilan
Tel. 06-6852789
Fax  06-6854257
Emel: ppd.rembau@moe.gov.my

STATISTIK DATA

 
BILANGAN SEKOLAH
RENDAH MENENGAH JUMLAH
29 11 40
ENROLMEN GURU
RENDAH MENENGAH JUMLAH
     
ENROLMEN MURID
RENDAH MENENGAH JUMLAH
     
Data sehingga 27.12.2016

 

PRASARANA PPD REMBAU

Pejabat Pendidikan Daerah Rembau ***Rembau Kekal No. 1***