SEJARAH PPDR

 

SEJARAH AWAL PEJABAT PENDIDIKAN REMBAU

PPD Rembau pada asalnya dikenali sebagai PPD Cawangan Rembau yang bernaung di bawah PPD Tampin.

Pada 15 Disember 2007, PPD Rembau telah diluluskan penubuhannya oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.

Mula beroperasi sepenuhnya pada 15 Februari 2008 dengan diketuai oleh Tuan Mohamad Radzi bin Abd. Wahab sebagai Pegawai  Pendidikan Daerah Rembau yang pertama. Beliau disertai dengan kemasukan 4 pegawai serta 2 orang kakitangan sokongan.

Mulai 2 Disember 2008, PPD Rembau diketuai oleh Datin Hjh. Naemah binti Ahmad Dahalan, setelah Tuan Mohamad Radzi bin Abd. Wahab berpindah ke Jabatan Penddidikan Negeri Sembilan sebagai Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas. Disamping itu pertambahan pegawai seramai 8 orang serta 6 orang kakitangan sokongan.

Tahun 2010 kemasukan 21 orang pegawai beserta 3 orang kakitangan sokongan menjadikan jumlah pegawai 30 orang  dan staf sokongan 9 orang. PPD Rembau juga menerima kemasukan seorang Juruteknik Elektrik pada tahun 2010 ini.

Tahun 2014 PPD Rembau menerima kemasukan seorang pegawai SIP+ dan 5 orang pegawai SISC+.

Bilangan sekolah di daerah PPD Rembau berjumlah 41 buah iaitu 30 buah sekolah rendah dan 11 buah sekolah menengah. Pecahan keseluruhan adalah seperti berikut:

Sekolah Menengah kebangsaan (SMK) : 5
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) : 1
Sekolah Berasrama Penuh (SBP) : 1
Sekolah Menengah Agama (SABK) : 2
Kolej Vokasional (KV) : 2
Sekolah Kebangsaan (SK) : 23
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) : 3
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) : 4

PRASARANA PPD REMBAU

Pejabat Pendidikan Daerah Rembau ***Rembau Kekal No. 1***