PIAGAM PELANGGAN

Kami, warga Pejabat Pendidikan Daerah Rembau dengan penuh iltizam akan menyempurnakan tugas dan tanggungjawab bagi memberi perkhidmatan yang professional kepada pelanggan kami, ke arah itu, kami mengiktiraf hak pelanggan seperti berikut:

  • Memastikan semua kanak-kanak mengikut umur yang ditetapkan mendapat tempat belajar pada hari pertama sesi persekolahan baru dimulakan.
  • Memastikan semua sekolah sentiasa dibekalkan dengan guru-guru mengikut perkiraan yang ditetapkan.
  • Memastikan semua permohonan pertukaran murid diproses dan diluluskan dalam tempoh 30 hari.
  • Menentukan segala aduan di beri jawapan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh penerimaan bagi aduan murid, manakala aduan awam dalam tempoh 15 hari bekerja.
  • Menempatkan kakitangan sokongan tidak lewat dari 14 hari bekerja setelah menerima bekalan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Memastikan semua permohonan dan tuntutan yang berkaitan kewangan diproses dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
  • Memastikan setiap pelajar yang berada di sekolah ditaksir melalui Pentaksiran Berasaskan Sekolah dan menduduki peperiksaan mengikut prosedur yang ditetapkan.
  • Memastikan pelanggan sentiasa mendapat maklumat yang jelas dan tepat dengan menerima layanan dan perkhidmatan kaunter yang mesra.

PRASARANA PPD REMBAU

Pejabat Pendidikan Daerah Rembau ***Rembau Kekal No. 1***