Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia,

Kepesatan dunia teknologi maklumat telah maju dengan begitu pantas dan selari dengan itu, seseorang tidak lagi perlu bergerak untuk mencari informasi, malah kini ia boleh dipetik hanya di hujung jari. Justeru, Laman Web PPD Rembau ini adalah perlu bagi memenuhi tuntutan keperluan pengguna masa kini.

Dengan wujudnya Laman Web PPD Rembau ini, pengunjung boleh mendapat maklumat tentang pentadbiran dan  fungsi organisasi ini. Di samping itu laman web ini juga berperanan sebagai wadah saluran maklumat terkini tentang program dan aktiviti dalam PPD, di samping maklumat tentang sekolah-sekolah di dalam pentadbiran PPD Rembau.

Umum sedia mengetahui keupayaan dan kapasiti internet tiada batas sempadan, maka dengan itu adalah diharapkan warga pendidikan dalam Daerah Rembau ini akan menggunakan sepenuhnya laman web ini untuk mengakses pelbagai maklumat dan menjadi gerbang perantara segala hebahan terbaharu serta menjadi satu portal sehenti capaian informasi terkini.

Akhir kata, adalah menjadi harapan saya agar laman web ini dimanfaatkan secara optima oleh seluruh warga pendidik dan pengunjung yang ingin mencapai maklumat tentang kami.

Sekian, terima kasih.

 

.....................................
Pegawai Pendidikan Daerah Rembau

PRASARANA PPD REMBAU

Pejabat Pendidikan Daerah Rembau ***Rembau Kekal No. 1***